.
Tadi semasa aku sedang lepak merokok di luar pejabat, aku nampak bos pejabat sebelah aku berjalan keluar dengan memegang tangan anak lelakinya. Budak berumur lebih kurang darjah 1 atau 2 (aku memang sangat bodoh bab meneka umur orang), memakai baju dan seluar pendek biru. Mahu berjalan ke kereta lagak mereka berdua.
Aku terperasan yang budak itu ada tersangkut earbuds putih iPod di kedua telinganya. Kalau Steve Jobs nampak mesti bangga, budak seumur itu sudah pandai menghargai muzik dan iPodnya. iPod apa budak itu guna, aku tak nampak, sebab terletak di dalam poket. Tapi aku mahu agak, sekurang-kurangnya nano atau shuffle. Sebab poket budak lelaki umur 7-8 tahun mestilah tak sebesar mana.
Yang buat aku tertanya, lagu apa yang dia sedang dengar? Sampai sekarang aku masih fikir. Mungkinkah Barney? Mungkinkah lagu latar Spongebob Squarepants? Atau lagu-lagu dari filem High School Musical? Aku tak tahu lah. Kalau aku jenis muka gila selamba dan tak malu dengan bapanya, mungkin aku sudah pergi tegur dia dan tanya.
Hish, geram. Lagu apa?
.
Second Seconds
2 weeks ago
No comments:
Post a Comment