Hampir sebulan baru aku datang sini balik? Memanglah perangai batuk di tepi tangga, hangat-hangat tahi ayam segala. Tapi oklah kira, sekurang-kurangnya aku masih ingat aku ada blog ini. Tak siapa pun suruh kemaskini setiap hari. Aku bukannya tak ada kerja.
Ok, aku nak cakap ni. Aku tulis dalam bentuk poin (tak tahu patut ada huruf T ke tak kalau aku niat nak eja dalam Bahasa Melayu...ke Bahasa Malaysia? Dah tak dapat keep track), sebab suka:
1. Aku benci sebab banyak syarikat lain, termasuk segala klien aku cuti terus sampai cuti Tahun Baru, padahal aku cuti sehari, sehari secara rompong. Maksudnya mereka cuti dari Khamis sampailahhhh Ahad 4hb tu. Sebab cuti Krismas, Awal Muharram dan Tahun Baru dekat-dekat. Kan ke gila lama tu? Dah la aku ni kerja hari Sabtu. Memang rasa macam nak mencarut, tapi sebab aku tak biasa mencarut, aku rasa sajalah, tak buat pun. Tak tahu nak kata apa dah, malas gila jadi layankan saja. Semua kawan aku dah lama cakap aku ni "workaholic", satu-satunya perkataan dan jenis manusia yang paling aku benci. Sebab aku tak pernah rasa aku patut biarkan diri aku jadi salah seorang "workaholic". Dan sekarang aku tengah menulis benda ni di pejabat, which is absurd, sebab aku ada talian Internet di rumah.
2. Ini ada kaitan dengan Poin 1. Dah tahu kita tengah musim cuti, tak reti kah nak bagi gaji awal sedikit dari biasa? Hujung tahun ni wei. Jualan murah berlambak-lambak. Aku pulak hampir kering kontang. Orang lain punya bermegah sebab dapat gaji awal, siap bonus 2-3 bulan buat hati aku panas gila. Sebab aku di sini dibiarkan ternganga. Dah lah aku baru dapat tahu "orang atasan" di syarikat aku sudah dapat gajinya, siap ada yang dapat bonus 5 bulan. Memang nak buat aku marah la ni.
3. Maaf aku sedikit bitter. Memang tekanan perasaan habis. Tapi dengan sedikitnya hari cuti yang aku ada, aku telah gunakan Sabtu dan Ahad sepenuhnya untuk diri sendiri. Hari Sabtu, aku tonton filem dalam 3-4 berturut-turut. Puas hati aku. Hari Ahad, aku tidur sampai tengahari seperti biasa. Bangun makan, dan sambung tonton DVD lagi. Kemas rumah sikit-sikit, dan bermain-main dengan kucing.
4. Aku mahu layari Internet dan blog orang, tapi rasa bosan. Sebab aku tertekan dengan poin 1 dan 2.
5. Aku beli satu skirt secara online, sudah bayar semua, tapi masih belum sampai. Sedang tunggu lah ni. Entah bila.
6. Tak sabar mahu tunggu untuk bercuti. Tahun lepas aku tak dapat ke mana-mana, itulah sebab aku terlebih tertekan. Tahun depan bulan 1 mahu ke Langkawi, dan bulan 2 ke Siem Reap, melawat Angkor Wat. Ambik kau, berturut-turut. Puas hati aku.
7. Banyak dan selalu sangat tertekan, mungkin dah sampai masanya aku pergi ke tempat lain. Ini aku sudah cakap banyak kali, tapi memang tak buat. Aku tak tahu kenapa. Aku nak ke taknak? Pergilah, maksud aku. Orang sekeliling sudah tak larat dengar aku merungut. Tapi memang ini aku. All bark, no bite.
OK, aku dah kehabisan idea mahu cakap apa. Aku post ini dulu, kalau ada lagi, aku datang balik. Sekarang aku nak buang masa. Lagi 7 jam ke waktu pulang.
Second Seconds
2 weeks ago
No comments:
Post a Comment