.
Hati aku sudah lama minta ini.
Minta, pujuk, rayu supaya aku beri ia satu ruang, satu padang, satu gunung untuk ia luahkan apa ia rasa.
Aku sudah beri, bukan tak pernah. Tapi setelah 2-3 tempat aku cari, bosan pula.
Malas nak jaga.
Jadi hati, ini kali terakhir (kita harap sajalah ya?) aku buka tempat baru ini. Kalau tak ada apa-apa, kalau tiba-tiba engkau senyap sahaja, aku tak mahu layan lagi.
Mahu cakap? Cakap sini.
Jeritlah, bisiklah, tangislah.
Aku tinggal engkau di sini, ya?
I wish you luck.
.
Second Seconds
2 weeks ago
No comments:
Post a Comment