Wednesday, November 5, 2008

Aku perlu tulis ini.

.

Rasa kecewa datang lagi.
Aku tak mengerti kenapa datangnya ia bagai pasang surutnya ombak.
Bila ia datang, hempas kuat sekali.
Bila ia pergi, nah, tinggalkan sisa buih yang nampak amat sedih.
Ditinggalkan ibunya air.

Aku sangat mahu pergi.
Hatiku ronta-ronta pinta mahu langkah.
Tapi kaki aku masih terpacak kukuh di tanah.
Apa lagi yang ia nantikan?
Tiadanya tali yang menarik dari belakang.
Tiada pula gari melingkar di tangan.
Apa lagi bola besi berat yang mengheret.

Diriku bebas untuk pergi.
Tapi dengan adanya onak di depan.
Dengan ganasnya ombak di lautan.
Dengan tingginya burung di awan.
Buat aku rasa kecut.
Tidak yakin.
Tidak cukup kukuh hatiku untuk langkah, renang dan terbang.
Walau ia sangat mahu bebas.

Perlu kubalut lagi sekuatnya.
Agar mampu lalui semua.
Supaya tak mudah rapuh, dan berkecai.
Kerna tak semua yang simpati.
Sekali terlerai, terbuka semua luka.
Harus pula dibalut semula.
Cukupkah kain untuk dicarik dan dililit.
Sebanyak kali itu?

.

No comments: