Thursday, November 20, 2008

Rawak #2

Sekali lagi. Aku memanglah seorang yang random gila. Setakat ini hampir kebanyakan benda yang aku buat dan fikir, segalanya random. Segalanya on impulse. Macamlah kelahiran blog ini. Spur of the moment. Tak tahu berapa lama boleh bertahan.

1.
Pagi tadi semasa aku dalam kereta menunggu lampu isyarat hijau mahu datang kerja, tiba-tiba fikiran dan hati aku terdetik, "Maggi Ayam!" Memang tiba-tiba. Dan aku pun decide mahu makan Maggi Ayam untuk santapan tengahari. Jadi tadi, aku berjalan ke kedai mini berdekatan dan beli 1 pek 5 peket Maggi. RM4.30 ok? Aku tak tahu harganya sudah jadi sebegitu mahal. Dan sekarang aku pun kenyang makan. Seperti biasa, penutup santapan ialah buah jambu batu potong.

2.
Semalam, semasa sedang tengok-tengok YouTube, terjumpa video tentang Human Tetris. Sangat tabik pada kekreatifan dan kerajinan dan kesungguhan pembuatnya. Aku belum pandai nak upload video segala. Nantilah.

3.
Aku tak tahu kenapa, tapi aku panggil lampu isyarat yang tengah, sebagai warna "Oren". Jadi bila pemandu kereta yang aku naiki tekan pedal minyak untuk terus laju sebab kononnya masih sempat (seperti majoriti pemandu di Malaysia), aku akan cakap, "Eh, janganlah speed, kan dah oren tu?" Pemandu dan orang-orang yang mendengar mesti akan ketawakan aku, sebab mengikut piawaian yang ditetapkan, warnanya patut disebut "Kuning". Padahal terang-terang warnanya jingga. Peliklah aku.

4.
Aku ada blog, walaupun baru. Aku tulis dalam blog, walaupun baru. Tapi aku rasa gelilah nak gelar diri sendiri blogger. Yang berada dalam blogosphere katanya. Yang bersosial dalam blogging community. Yekkk.

5.
Aku tak boleh nak bawa diri aku untuk tengok gambar-gambar kawan aku yang sedang menjelajah bumi Eropah sekarang. Sebulan, mungkin dua bulan. Hati aku akan jadi rasa semacam, yang aku macam bersalah nak rasa, sebab culture mengatakan kita yang patut gembira untuk dia. Tapi, bukankah kita patut rasa apa yang ia mahu rasa? Biarlah hati kita nak rasa macam mana pun. Buat apa nak tahan-tahan? Ah, mampuslah. Aku dengki ok? Aku dengki.

Ok itu saja. Cukup...setakat ni lah.

No comments: