Wednesday, November 26, 2008

Tony Fernandes, aku sangat sayang kamu!

Aku baca di Yahoo News tadi, bahawa Air Asia X telah melancarkan penerbangan ke London! Harga mula dari 99 pounds. Ah, idaman aku telah menjadi kenyataan nampaknya. Tak tahu bagaimana mahu gambarkan. Dengan pantas aku klik ke laman webnya dan pastinya, booking untuk musim sejuk dan panas tahun 2009 sudah dibuka!

Paling murah yang aku tengok setakat ini ialah RM579 sehala. Mungkin ada lagi. Sambil aku tulis sini, sambil berangan untuk pilih tarikh. Ohhhhh, kalau aku jadi kahwin tahun depan, dapatlah aku pergi melancong ke sana untuk bulan madu dengan kadar lebih murah. Sangat sangat sangat gembira!

Terima kasih banyak-banyak Tony!

No comments: